Muzik country

Muzik country (Bahasa Inggeris: country music, lit. 'muzik desa') ialah suatu genre muzik popular yang berkembang di Amerika Syarikat. Genre ini sering kali terdiri dari lagu-lagu balada dan tarian ringkas dan berharmoni diiringi alat khusus seperti banjo, gitar-gitar elektrik dan akustik, gitar keluli, kecapi serta harmonika.[1][2][3] Komponen utama gaya muzik genre ini dari tradisi muzik di seluruh rantau Selatan dan Barat Daya negara tersebut.Genre ini paling ditumpukan di bandar raya Nashville, negeri Tennessee yang sendirinya menjadi pusat atau teras berkaitan budaya sekitarnya; kota ini terkenal sebagai tempat konsert mingguan langsung Grand Ole Opry yang menaikkan banyak pengkarya genre ini ke persada negara ini malah ke serata dunia.